Saturday, March 13, 2010

Nostalgia 2 Hari

Sesungguhnya, anak-anak kampung senantiasa kita bayangkansebagai bercapal selipar Jepun di atas ladang dan sawah, bermandi lumpur bermandi sungai, tidak mengerti huruf, tidak pandai mengira. Namun, barang kali anak-anak kampong yang saya kenali ini pasti bukan begitu.

Mereka bercapal, benar! Tetapi ketika mereka ingin mengambil air wuduk menunaikan solat.

Mereka bermandi lumpur bermandi sungai, benar! Kerana itulah hidup mereka.
















Tetapi yang pasti, mereka bukan golongan buta huruf yang tidak mengerti kata dan angka.

Mereka merupakan golongan anak bangsa yang begitu dahagakan ilmu pendidikan.
Mereka begitu ingin berjaya.













Sesungguhnya, mengenali mereka merupakan kebahagiaan yang begitu mengerti buat diriku.

Mereka tidak pandai berpura-pura,
Mereka nakal, tetapi mereka memaafi dan tidak tahu berdendam,
Mereka tidak menyaingi sesama lain.












Aku tidak bertopeng ketika bercakap dengan mereka,
Aku benar-benar menjadi diriku.
Mengapa lebih mudah aku bercakap dengan kanak-kanak?











Sesungguhnya, dari detik itu, aku benar-benar mendoakan kejayaan mereka.
Bukan sekadar UPSR!
Biarlah kejayaan dunia dan akhirat,
Biarlah kesusahan mereka dibalaskan dengan kemanisan kecemerlangan.














Selamat berjaya!!
Ketua Menteri, Raja A., Arthee, Yunus, Idaham, Firdaus, Syafiq, Hakim, Syamil, Zulhilmi, Natasya, Linda, dan banyak lagi kawan-kawan yang masih belum saya benar-benar kenali!!















Terima kasih Cikgu-cikgu,
Keikhlasan dan kasih sayang cikgu-cikgu,
Mngingatkan kita rumah yang jauh dari mata,
Cikgu mngingatkan kita akan cikgu kita di sekolah dahulu,
Rupanya cikgu dan mereka semua sama,
Hasrat yang sama, perjuangan yang sama.













Perjuangan anda belum selesai,
Tetapi, biarlah bertatih asalkan langkah itu cermat,
Aku doakan seikhlas-ikhlasnya.











They are my friends, Yes they are!!
They are my brothers, Yes they are!!
They are one of the best memories I have by all of them…
Only me and myself will understand…And shall carry with me whenever it will..

Good Luck, O People…























No comments:

Post a Comment